SELAMAT DATANG GUEST
 
LOGIN | DAFTAR | LUPA KATALALUAN
 
SHOPPING BASKET: 0 item(s)
 
     
 
 
PRODUKINFRASTUKTURSTOKISKEAHLIANFAQPEMBAYARANTERMAAKTIVITIHUBUNGI
 
 
 
FAQ (1)
 
Jawapan anda di jawab oleh Pakar Konsultan Herba NR :

Pn. Sharifah Fairuz Shahab
Konsultan Herba NR
Email : ask@nr4u.com.my



AINI SULONG  :

Soalan :
"dah 6 bln usia baby baru faham apa itu NR. Itu pun tbaca masa adk buka blog NR. Baru tahu NR sesuai utk ibu bsalin bedah. lepas baca panduan penggunaan set bersalin rasa nak cuba krn sekarang badan dah mula lesu pergi kerja pun x semangat nak susukan ank pun rs nak nangis sbb kejab2 susu byk kejab2 x de langsung. So nak tanya apa produk yg sesuai utk saya gunakan."

Jawapan:-
Berikut disertakan cara pengamalan& pengunaan herba yang boleh  puan ikuti bagi membantu meredakan masalah keletihan dan kelesuan yang puan alami itu.
RAWATAN   KESEGARAN BADAN
Amalan perrmulaan setiap hari selama 1 minggu

Sebelum Sarapan :-

1 sudu besar penuh tonik  NU3MED diambil dengan  1 gelas/mug air AKAR HERBANIKA

Cara Penyediaan AKAR HERBANIKA: Rebus 2 pkt AKAR HERBANIKA ke dalam 1 liter air sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam flask atau thermos. Setiapkali minum, masukkan 1 sudu teh Madu Lebah Asli atau Madu Habatussaudah sebagai penawar, anti bakterial & sumber tenaga. Minum suam panas. Ulangi rebusan 2 pkt untuk beberapakali dalam masa 2 hari  hari sehingga cair, kemudian gantikan yang baru.

Setiap Waktu Tengahari, - Minuman Antioksidan


Minum 1 gelas/mug AKAR HERBANIKA

Setiap waktu Petang :-

Amalkan 2 tablet  PHYTONATAL  bersama 1 gelas/mug  AKAR HERBANIKA

**Kalau puan ada mengalami masalah kesukaran mengadakan pembuangan harian air besar  atau sembelit , sila  tambahkan pengambilan 1-3 tablet  PHYTOCLEANSE PLUS bersama tablet PHYTONATAL .(mulakan pengambilan PhytoCleanse Plus dengan doserj yang rendah terlebih dahulu)

Sebelum Tidur -

1 sudu teh penuh  MADU NONA HARMONIS bersama 1 gelas/mug AKAR HERBANIKA .

Perhatian :- Sekiranya puan ada mengalami masalah kencing manis, NU3MED ,MADU TENAGA SEGAR & MADU NONA HARMONIS  hanya boleh diamalkan 1 x sehari (2 –3 x seminggu sahaja) begitu juga penambahan "Madu Lebah" dalam penyediaan air AKAR HERBANIKA hanya diambil pada sebelah pagi sahaja manakala waktu yang lain tidak perlu penambahannya.

*Pengamalan herba Madu Nona Harmonis hendaklah dihentikan /ketepikan buat sementara pada setiap 5 hari pertama kala kedatangan haid ,manakala herba2 lain bolehlah diteruskan seperti biasa.

Sekiranya puan menyusui bayi secara esklusif  dengan penyusuan badan , hadkan pengambilan MADU NONA HARMONIS kepada   2 X seminggu sahaja .

Selepas genap 1 Minggu, sila ikuti pula rawatan dibawah ini selama 3-6 bulan

AMALAN INTENSIF PENYEGARAN KESIHATAN NR.

Setiap Waktu Pagi (sebelum sarapan) - 1 sudu teh penuh MADU TENAGA SEGAR digentelkan dengan madu lebah atau diambil terus dengan AKAR HERBANIKA.

**Kaum wanita yang berkahwin atau berusia 35 tahun keatas, disyorkan juga untuk mengamalkan secara selang sehari pada waktu pagi sebelum sarapan :- 1 sudu teh penuh MADU NONA HARMONIS digentelkan dengan madu lebah atau diambil terus dengan AKAR HERBANIKA.

Setiap Waktu Tengahari -

Minum 1 gelas/mug AKAR HERBANIKA

Setiap waktu Petang

2 tablet PHYTO NATAL diamal dengan AKAR HERBANIKA

(  kalau perlu tambahkan dgn  pengambilan 1-3 tablet PHYTOCLEANSE PLUS  )

Selangselikan keesokan harinya dengan pengamalan dibawah ini pula :-

2 tablet PHYTOX bersama 2 tablet PHYTONATAL    diamal dengan AKAR HERBANIKA

**Sekiranya puan mengalami masalah sembelit yang berat ,anda disyorkan mengamalkan tablet  PHYTOX  & PHYTONATAL diatas  dgn penambahan 1-2 tablet lagi PHYTO CLEANSE PLUS

-Jika Terlalu Lawas @ Kerap Buang Air Besar Melebihi 7X sehari, bolehlah kurangkan dosej PHYTO CLEANSE PLUS ke 1  tablet  sahaja

Sebelum Tidur -
1 sudu teh penuh pes  MAWAR SEGAR  + 1 sudu besar tonik NU3MED  bersama dengan minuman  AKAR HERBANIKA. (pes Mawar Segar membantu memelihara perapian dan kekuatan organ & otot dalaman kewanitaan )

Peringatan :- Sekiranya puan masih menyusui bayi secara esklusif  dengan penyusuan badan , hadkan pengambilan tablet PHYTOX,MAWAR SEGAR  DAN MADU NONA HARMONIS kepada   2 X seminggu sahaja .

AMALAN HERBA SEMASA 5 HARI PERTAMA HAID -

  • Teruskan amalan  AKAR HERBANIKA, MADU TENAGA SEGAR,NU3MED & AKAR HERBANIKA seperti biasa TANPA perlu    berhenti!
  • Sekiranya anda merasakan tidak sedap perut/perut kembung atau tidak puas pembuangan air besar ,maka dibolehkan mengamalkan herba pembersih dalaman iaitu PHYTO NATAL & PHYTOCLEANSE PLUS
  • Waktu  5 hari pertama kala kedatangan haid setiap bulan ,puan tidak disyor meneruskan pengamalan PHYTOX ,  MADU NONA HARMONIS & MAWAR SEGAR .
PERAWATAN  SAMPINGAN HARIAN PENJAGAAN BAHAGIAN SULIT

(Pagi & malam )

  • Cuci dan bersihkan bahagian luaran dan dalaman sulit dengan anggaran 1 sudu teh penuh BARRA HERBA Gel + air.
  • Bilas & lap kering.
  • Sapu & lumurkan bahagian sulit & bahagian ari –ari serta dengan MINYAK BERUBAT HERBA .
  • Tuang & basahkan sedikit pantyliner anda dengan MINYAK BERUBAT HERBA, pakai dengan selesa.
RAWATAN PENYEGARAN HARIAN LUARAN TUBUH:

  • Setiap malam, sebelum tidur, amal sapuan MINYAK  HERBANIKA keseluruh tubuh badan termasuklah dada, perut, pinggang, peha,betis kaki. & telapak kaki
  • Amal sapuan ke tapak kaki dan jika perlu pakai stokin.
  • Jika Berat Kepala @ Pening, gosokkan minyak ini ke seluruh kulit kepala, bahagian belakang telinga, tengkuk dan juga Pelipis kanan & kiri serta dahi anda untuk ketenangan & meringankan berat @ sakit kepala.
  • Tujuan sapuan minyak ini adalah untuk melancarkan peraliran darah, memecahkan angin dalaman badan, meredakan keletihan, menyegarkan kulit badan & memberi kesegaran keseluruhan badan & minda.
PERAWATAN INTENSIF MENGURANGI RASA LENGUH ATAU LETIH LESU BADAN ,:-
Lumur dan urutkan  anggaran 1-2 sudu besar MINYAK HERBANIKA keseluruh bahagian tubuh  yang mengalami masalah  sehingga meresapi keliangan kulit. .
  1. Rendamkan  keseluruhan tubuh dalam atau pun sirami tubuh dengan  Resepi Uncang Cuci dibawah sambil mengunakan Bungkusan tuaman .
            Resepi Uncang Cuci Berdaun
            2 pkt Uncang Cuci Herbanika
            2 genggam garam kasar
            2 genggam Daun Inai (diramas-ramas)
            1 ketul besar Halia Tua yang ditumbuk kasar
            10 helai daun Sireh Melayu (diramas-ramas)
            1 genggam halba
            1 genggam Jintan Hitam
            1 genggam ketumbar biji
             2-3 batang serai wangi (diambil dengan akarnya -diketuk-ketuk)
            Air  sebanyak 1 periuk atau cerek besar
 
Ambil pula sehelai kain nipis dan bungkuskan bahan-bahan dibawah ini:-
         
            Resepi Bungkusan Tuam  Halba
             2 genggam halba
             2 genggam Jintan Hitam
             2 ketul Halia Tua    (ditumbuk kasar)
             2 ketul Halia Bara    (ditumbuk kasar)
             2 genggam ketumbar biji
             2-3 batang serai wangi (diambil dengan akarnya -diketuk-ketuk)
 
Ikatkan bungkusan  tuam diatas  seperti bunjut dan rebuslah  bersama-sama Resepi Uncang Cuci diatas. Apabila air rebusan sudah mendidih dan berwarna teh pekat ,tapis dan tuangkan kedalam besen atau tub mandi .Tambahkan  air paip secukupnya supaya air herba rendaman atau siraman menjadi suam-suam panas. Berendama tau siramlah  keseluruhan tubuh dari paras leher kebawah dan gunakan bungkusan bunjut tuaman tadi untuk bertuam dibahagaian tubuh  yang sengal atau sakit secara menekan perlahan-lahan  disetiap urat saraf berulangkali sehingga terasa puas.. Berendam dan bertuam  selama 30 minit. (boleh juga dibuat secara berasingan dimana boleh dimulakan dengan tuaman selama 15 minit  diikuti dengan rendaman selama 15-20 minit  atau siraman )
 
Selepas selesai berendam dan bertuam. Kesat kering.  Ambil anggaran 1-2 sudu besar MINYAK BERUBAT HERBA dan sapukan kebahagian yang mengalami masalah itu  sambil melakukan urutan secara fisioterapi selama 10-20 minit sehingga sapuan minyak  meresapi kebahagian liangan pori  kulit .
 
**Lakukan rawatan rendaman,tuaman dan sapuan diatas ini 2 x setiap hari sehinggalah anda kembali berasa segar dan tidak lagi merasai sakit.
 
*Waktu pergi kerja, anda bolehlah mengantikan sapuan minyak diatas ini dengan pengunaan  KRIM SYIFFA'  sahaja  ,pastikan sapuan dilakukan sehingga tiada lagi bekas minyak barulah pakai baju,kalau tidak mahu ada kesan bau minyak ,bolehlah calitkan minyak wangi atau minyak attar pada badan anda. 
 
Bungkusan tuaman dan  rendaman boleh diulang gunapakai sehingga 2-3 hari tetapi hendaklah direbus semula .
 
 Buat pengetahuan puan, tablet PHYTONATAL boleh dan selamat untuk diamalkan harian  oleh ibu yang sedang menyusui atau ibu yang bercadang untuk menyusui bayi dengan susu badan secara esklusif. Dibawah ini  juga disertakan cara sampingan  yang disyorkan untuk membantu memperbanyakkan penghasilan susu badan.
Untuk membantu secara luaran :-

Disyorkan dilakukan setiap pagi dan malam atau (sebelum pergi kerja dan selepas balik kerja) :-

Lakukan urutan secara perlahan-lahan sekeliling payudara dan urat bawah ketiak  dan juga urat belikat dengan pengunaan MINYAK BERUBAT HERBA  diikuti kemudiannya dengan bertuam kedua-dua payudara ,urat bawah ketiak  dan juga urat belikat anda secara tekapan dengan tuala panas selama 10 minit .Kemudian lap kering. Ini diikuti dengan menyapukan sedikit minyak ini  pada daun sireh yang telah dilayurkan pada api sehingga layu .Sambil membaca surah Al Baqarah ayat 60 ,ambil setiap satu daun sireh tersebut dan tekapkan pada kedua belah payudara anda . Lakukan setiap hari sehingga anda mendapati pengaliran susu bertambah banyak.

Amalkan juga membaca Surah Hujurat untuk memperbanyakkan susu ibu

Tip memperbanyakkan susu badan
:-

  1. Rebuskan segenggam buah Longan Kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang .Minum 2 x sehari. atau
  2. Ambil Kurma Merah anggaran segenggam rebus dengan air 1 liter sehingga kembang dan minum air rebusan tadi 2 -3 x sehari.
  3. Rebuskan 1 sudu teh paras Halba bersama 1 mug air Akar Herbanika atau air panas  dan minum 1 x sehari.
  4. Makan bubur Kacang Hijau + Beras Merah .
Disyorkan juga untuk anda mengamalkan Resepi Susu Badam  dan Rendaman Halba  dibawah ini secara berselang sehari pada waktu sarapan:-
 
Resepi Susu Badam
Bahannya:-
1 gelas Susu Segar
1 sudu teh serbuk badam
1 sudu besar kismis kuning
1-2 sudu teh madu lebah
1 biji telur ayam (kuning sahaja)
 
Kaedah penyediaannya:-
Bancuh bahan sehingga sebati  dalam mesin blender dan minum . Amalkan 1 x   setiap hari atau selang sehari  . Selepas 2 minggu  amalkan tanpa penambahan kuning telur.
 
Resepi Rendaman Halba
Ramuannya
1 genggam halba(fenugreek) direndam  didalam air suam panas sehingga kembang .Kenudian ditapis sebelum diminum .
Jika mahu anda juga boleh rendamkan halba  didalam susu lembu atau susu kambing dan dicampurkan dengan sedikit madu lebah bagi memaniskannya.Minumlah 1 cawan.
 
 

 

FAQ (2)
 
EMMA DAMIA  :

Soalan :
"saya susah nk hamil, kalau hamil mesti kandungan akn gugur bila masuk minggu ke 10-22, bln 4 sy alami keguguran minggu ke-22,blh suggest kan produk ape yg sesuai utk masalah saya?"

Jawapan :

Sebenarnya masalah keguguran yang  puan alami mungkin berkaitan dengan masalah kesihatan yang puan alami  yang mungkin menjadi penyumbang kepada keguguran tidak terjangka berulang kali . Antaranya :-
Kromosom  yang tidak normal

Mengikut kajian perubatan, 60% daripada penyebab keguguran adalah disebabkan oleh penghasilan kromosom yang tidak normal. Kromosom adalah struktur kecil di dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik.Kadang-kadang, apabila telur  wanita dan sperma lelaki  bertemu, salah satu dari kromosom  itu menjadi rosak dan embrio yang terhasil mempunyai kromosom yang tidak normal , ini  akan mengakibatkan keguguran. Dalam kes yang sangat jarang, pasangan didapati mempunyai kecacatan pada kromosom mereka tetapi ketidaknormalan ini yang tidak memberi sebarang kesan negatif kepada diri mereka sendiri, tetapi boleh menyebabkan keguguran berulang sekiranya kehamilan berlaku.


Kecacatan pada sistem peranakan
Andaikata  anda dilahirkan dengan rahim yang tidak normal, keguguran lebih mudah berlaku kerana embrio yang tersenyawa gagal tertanam dengan sempurna dan keguguran akan berlaku. Mengikut kajian perubatan, kecacatan pada rahim seperti Bicornuate Uterus atau Uterine Septum menjadi penyebab kepada 10 peratus daripada keseluruhan keguguran. Pangkal rahim yang longgar  atau tidak kuat yang dipanggil “cervical incompetence” juga boleh membawa kepada masalah  keguguran dan ia kerap terjadi pada awal trimester ke dua disebabkan oleh janin yang semakin membesar meninggikan tekanan dalam rahim menyebabkan pangkal rahim terbuka dan janin akan gugur dengan senang

Masalah ketumbuhan pada sistem peranakan
Masalah peranakan lain seperti Fibroid juga boleh mengganggu sistem peranakan anda dengan menghalang implantasi yang berkesan dan boleh menyebabkan keguguran. Penyakit endometriosis juga dikaitkan dengan keguguran kerana bahan kimia dari sista endometriosis adalah toksik terhadap janin dan boleh menyebabkan keguguran.

Masalah Immunologi
Terdapat masalah perubatan di mana badan wanita hamil mengeluarkan antibodi yang boleh menyerang janin dan menyebabkan keguguran berlaku. Masalah ini atau lebih dikenali sebagai Sindrom Antiphospholipid terjadi disebabkan janin yang terbentuk dari sperma dianggap sebagai objek asing atau virus pada tubuh wanita hamil. Tubuh wanita seterusnya akan membentuk antibodi dan menyerang janin yang terbentuk dan berlakulah keguguran.


Penyakit perubatan yang tidak terkawal
Masalah penyakit tiroid, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang yang tidak terkawal dikaitkan dengan persekitaran yang tidak sesuai untuk janin hidup dengan sihat seterusnya akan menjurus kepada masalah keguguran.

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
Dalam kes PCOS, tahap ketidakseimbangan hormon menyebabkan ovulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Di samping terdedah kepada risiko kencing manis, PCOS juga menyebabkan pesakit kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Ini boleh menjadi punca kepada keguguran berulang. Kajian menunjukkan 10-20 peratus wanita yang kerap gugur didapati mengalami PCOS.

Jangkitan Kuman
Jangkitan kuman seperti rubella, cytomegalovirus, toxoplasmosis dan bacterial vaginosis boleh menyebabkan keguguran, tetapi ia jarang jarang terjadi. Agak sukar untuk mendapatkan jangkitan rubella disebabkan pemberian vaksin diperingkat sekolah dan risiko untuk toxoplasmosis semasa hamil pula adalah kurang dari 0.2%.

Gaya Hidup tidak sihat (Rokok, Alkohol, Dadah, Toksin Alam Sekitar)
Kajian perubatan mendapati Nikotin yand disedut dari rokok dapat mengalir ke dalam darah dan menebusi uri anda dan seterusnya mengganggu bekalan darah dan pertumbuhan janin. Statistik menunjukkan perokok mempunyai dua kali risiko untuk gugur berbanding dengan bukan perokok. Minum alkohol yang keterlaluan juga dikaitkan dengan keguguran. Kajian juga menunjukkan wanita yang bekerja di ladang, di bilik operasi, pejabat dan klinik pergigian makmal mempunyai kadar keguguran yang lebih tinggi dari biasa  di atas sebab sebab yang tidak diketahui.

Saya amat mengesyorkan agar puan mendapatkan pemeriksaan  dan nasihat secara lebih terperinci dari doktor pakar sakit puan di hospital berkenaan masalah yang puan alami .

Rawatan secara NR yang boleh diikuti bagi membantu memperkuatkan organ dalaman rahim  dan juga kearah meningkatkan tahap kesuburan adalah seperti berikut.

RAWATAN MENGIMBANGI HORMON & KESUBURAN @ FERTILITI sehingga BERJAYA.

Setiap Waktu Pagi (Selepas Sarapan) & Setiap Malam (Sebelum Tidur) - 2 X Sehari.
1 sudu teh penuh pes herba   MAWAR SEGAR
1 sudu teh penuh MADU NONA HARMONIS
Gaul kedua-dua ini sebati & ambil dengan AKAR HERBANIKA

* selang selikan setiap hari  diwaktu pagi  pengambilan MAWAR SEGAR diatas dengan 1 sudu teh penuh  MADU TENAGA SEGAR + 1 sudu teh penuh MADU NONA HARMONIS manakala pada waktu malam  setiap hari  pula dikekalkan pengambilan MAWAR SEGAR dengan dosej yang sama
 
Semasa sarapan :
Amalkan 1 gelas RESEPI SUSU KAMASUTRA.(sila rujuk pada penyediaan resepi ini dibahagian bawah)

Setiap Waktu Tengahari, Petang & Malam -
Minum 1 gelas/mug AKAR HERBANIKA (berpelaga)
 
Cara Penyediaan AKAR HERBANIKA (berpelaga)-
Rebus 3 t-bag AKAR HERBANIKA bersama 3-5 biji buah pelaga dalam 1 liter air atau secerek air panas sehingga mendidih. Tapis dan tuangkan ke dalam flask atau thermos. Setiapkali minum, masukkan Madu Lebah Asli sebagai penawar, penguat darah & sumber tenaga. Minum suam.
3 tbag boleh diulangi rebus beberapa kali dalam beberapa hari, apabila cair kemerahan, gantikan yang baru.

SEMINGGU 4 X AMAL PEMBERSIH RAPI DALAMAN - Pada Waktu Petang -
PHYTOX 2 tablet diamal  bersama tablet pembersih dibawah yang sesuai dengan corak pembuangan air besar harian anda. Amalkan kedua tablet ini dengan 1 gelas/mug  AKAR HERBANIKA (berpelaga)

*Jika Sistem Pembuangan Air Besar anda mengalami sembelit (tidak puas), gabungkan PHYTOX dengan PHYTO CLEANSE PLUS 1-2 tablet atau boleh mengabungkan  PHYTOX bersama PHYTO CLEANSE PLUS 1-2 tablet + 2 tablet PHYTONATAL
 
*Jika Sistem Pembuangan Air Besar anda lawas tetapi tidak berapa puas,anda bolehlah gabungkan PHYTOX dengan PHYTO CLEANSE  1 tablet  atau PHYTONATAL 1-2  tablet.

Teruskan dengan amalan yang diberi setiap hari dengan mengadakan hanya satu hari berehat (pada tiap-tiap hari ke 7) tanpa pengambilan herba diatas  kecuali penerusan minuman Air Akar Herbanika sebanyak 4 mug sehari  .
 
Perawatan Luaran Harian Tubuh
Setiap Waktu Pagi, ambil anggaran syiling 20 sen BARRA GEL dan gabungkan dengan air untuk disapu ke luaran & dalaman saluran  faraj anda. Lakukan cucian sambil meruang saluran faraj, dinding faraj & pintu rahim anda agar bersih tanpa lebihan lendiran atau sisa-sisa air mazi / mani yang tertinggal di ruangan bahu kiri & kanan Pintu Rahim @ Servix. Cebuk dengan air sehingga bersih.

Untuk Merapikan & Merapatkan Saluran Faraj -
Selepas bercebuk, kesat kering. Tekankan tiub PHYTO VAGIN GEL sebesar syiling 5 sen/10sen gunakan jari telunjuk untuk disapuruangkan ke dalaman dinding Faraj. Biarkan selama 2 jam atau 5 jam ke atas. Waktu Petang, cuci semula dengan air & BARRA GEL. Kesat kering & biarkan tanpa apa-apa sapuan.
Jika mahu, boleh sapuan PHYTO VAGIN semula, dibiarkan sehingga sebelum tidur & lakukan cucian atau biarkan ia semalaman. Boleh digunakan walaupun apabila bersama Suami anda.
**Sekiranya anda tidak mahu mengunakan PHYTOVAGIN GEL pada hari -hari tertentu,pastikan selepas selesai bercebuk dan kesat kering itu anda meruangkan saluran sulit anda dengan MINYAK BERUBAT  HERBA.

Untuk Kesegaran Faraj & Mengatasi Kegatalan / Lelehan @ Discaj/Keputihan -
Rawatannya sama Seperti di atas tetapi anda perlu tambahan gabungan MINYAK BERUBAT HERBA yang digaul dengan PHYTO VAGIN GEL untuk disapuruangkan kesaluran dalaman faraj anda.
Ulangi cebuk cucian BARRA GEL & air sehari 2 X dan sapuan juga sehari 2 X
 
Cara pengamalan  dan pengunaan herba diatas juga  perlulah dihentikan buat seketika pada setiap kali semasa 5 hari pertama kedatangan darah haid bulanan anda )

AMALAN HERBA SEMASA HAID
:
Teruskan Minuman AKAR HERBANIKA (berpelaga) 4 gelas/mug sehari. dan juga Resepi minuman  Susu Kamasutra  1 x setiap hari 

**PHYTOX, MAWAR SEGAR & NONA HARMONIS TIDAK BOLEH DIAMAL SEMASA KEDATANGAN HAID!!!!!
 
Hanya AKAR HERBANIKA & PHYTONATAL, PHYTO CLEANSE atau PHYTOCLEANSE PLUS dan MADU TENAGA SEGAR  sahaja yang BOLEH DIAMAL SEMASA HAID.
 
Perawatan luaran tubuh Semasa Haid
Setiap Pagi & Sebelum Tidur, lakukan Cebukan bahagian sulit dengan BARRA GEL & air sehingga terasa bersih & segar
Kesat kering & sapukan MINYAK BERUBAT HERBA ke seluruhan luaran faraj dan tuangkan ia ke bahagian tengah  atas pad/tuala  sanitari anda. Ini dapat membantu menarik keluar darah haid lebih lancar , darah beku, darah bertali & lendiran, mengatasi ketidakselesaan atau Senggugut, mengatasi masalah Perut Berangin/Kembung Perut atau banyak angin semasa Haid. Ia juga mengatasi bau darah haid dan memelihara kesegaran serta keanjalan tisu-tisu kulit bahagian saluran sulit anda.
 
Selepas Haid, ikuti semula RAWATAN KESUBURAN.

RESEPI MINUMAN BERKHASIAT TAMBAHAN HARIAN RESIPI SUSU KAMASUTRA bagi MENINGKATKAN KESUBURAN SUAMI ISTERI -

Sediakan Bahan-bahan ini:
1 gelas/mug SUSU RENDAH LEMAK @ Susu Tepung dibancuh atau Susu dari Kotak
sahaja.
1 sudu teh penuh SERBUK KACANG BADAM @ POUNDED ALMOND
3 - 5 atau 7 biji KURMA NABI @ DATES
7 biji BUAH PELAGA @ CARDAMOMS
MADU LEBAH ASLI @ PURE HONEY - 1 - 2 sudu teh secukup rasa!

Blender seperti Milkshakes & Minum suam, panas atau sejuk. Minum sehari 1X
sahaja
.
Jika masih terasa musykil atau bermasalah, sila E-Mail atau dapatkan perkhidmatan nasihat Konsultan untuk Rawatan Intensif.

NASIHAT:
Elakkan Makanan Berangin, Sejuk, Tajam & Panas Berangin -
Terung, Rebung, Labu, Pucuk Paku, Pucuk Ubi, Ubi Keledek/Kayu & Keladi, Nenas, Betik (Gantikan dengan Pisang Emas/Rastali/Awak/Berangan & Abu),Cempedak, Nangka, Durian, Durian Belanda, Tebu, Air Kelapa Muda, Tapai,Petai, Jering, Genuak, KangKung, Pulut (kurangkan sahaja!), Kuinin, Macang, Pisang Tanduk/Nangka/Bunga/Embun dan Kacang Tanah.

Elakkan Minuman BerKafein
-
Teh, Nescafe & Kopi. Amal minuman Susu & juga Milo / Koko (Kafein Ringan).
Elakkan Minuman BerGas & Alkohol.

Elakkan Makanan Terperam yang boleh akibatkan Toksik / Darah Kotor (secara tradisional) dan Penyebab Alergi/Alahan -
Belacan, Budu, Cincaluk, Jeruk Asam & Buah, Pewarna, Pengawet, MSG, Gula & Garam yang Tinggi, Ikan Pekasam/Ikan Masin yang jenis Basah @ Dijerukkan dll.

Kurangkan Makanan Laut -
Udang/Sotong/Lala/Tiram/Remis/Kerang/Ketam dll.
Lebihkan Ikan setiap hari.

 
Seminggu 2 X - Daging Lembu atau jenis Daging dan juga Ayam (tanpa kulit). Kurangkan Ayam kerana suntikan hormon yang ada padanya boleh menyumbang kepada Ketidaksuburan / gangguan hormon.

Lebihkan Sayur-sayuran & Buah-buahan Berkhasiat (pelbagai warna)
- Hijau, Hijau Lembut, Oren, Kuning, Merah dll.

Lebihkan Makanan Bijirin iaitu jenis Cereal, Muesli, Empingan Jagung, Oats @ Gandum, Bran, Kismis, Kekacang Soya, Kekacang Badam / Makadamia / Chestnut / Pecan dll.

Amal Vitamin Tambahan yang Utama bagi yang mahu Mengandung adalah VITAMIN B COMPLEX dan A, C & E (antioksidan) dan pastikan anda juga pengamal CALCIUM MAGNESIUM jika tidak mengamal minuman Susu setiap hari!
 
Perbanyakkanlah membaca Doa Nabi Allah Zakaria.
Ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa."
 
 

 

FAQ (3)
 
SITI NOR HIDAYAH  :

Soalan :
"salam, saya nak tanya la, saya dah ambil tea dengan jamu dalam 1 tahun, lepas setahun, period saya jadi x konsisten, gap seminggu je. pastu clear, pastu perod balik. saya ambil salah dose ker? sekrang dah berhenti ambil. risau kan asyik period je...saya ambil tea herbanika, lawas kencg, angin, segar"

Jawapan :

Berkaitan dengan masalah yang  puan alami itu saya rasakan ia adalah disebabkan oleh masalah ketidakseimbangan hormon  yang sering berlaku pada kaum wanita tanpa mengira usia disepanjang tempoh kesuburan mereka  .Disini saya telah menyediakan  cara pengamalan herba peringkat awalan yang  boleh  puan  ikuti bagi  membantu  mengimbangi semula Hormon  di samping melancarkan peraliran dan warna darah haid kemudian menetapkan pengeluarannya agar kembali normal. Insya Allah.Saya berikan cara malan dalam bentuk bio tablet yang lebih mudah untuk diikuti .
 
Amalan Intensif Pembersih Dalaman & Pembersih Darah selama  3 bulan
 
Hari 1- 3:-
 
Setiap Waktu Pagi (Jika puasa-amal waktu Sahur) -
1 sudu teh penuh MADU TENAGA SEGAR     (secara perubatan, gaul sebesar ibujari anda)
1 sudu teh penuh MADU NONA HARMONIS  (secara perubatan, gaul sebesar ibujari anda)
1 - 2 sudu teh Madu Lebah Yemen /Hadramaud/Iran
Gaul bahan berbentuk makjun ini dengan madu lebah atau bulatkan seperti bebola. Ambil dengan 1 gelas/mug AKAR HERBANIKA.
 
Cara Penyediaan AKAR HERBANIKA-
 
Rebus 3 t-bag AKAR HERBANIKA dalam 1 liter air atau secerek air panas sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam flask atau thermos. Setiapkali minum, masukkan Madu Lebah Asli sebagai penawar, penguat darah & sumber tenaga. Minum suam.
3 tbag boleh diulangi rebus beberapa kali dalam beberapa hari, apabila cair kemerahan, gantikan yang baru.
 
Setiap Waktu Tengahari, Petang & Malam (Jika puasa-amal waktu berbuka, malam & sebelum tidur) -
Minum 1 gelas/mug AKAR HERBANIKA
 
Setiap Waktu Petang antara jam 3-5ptg (jika puasa-amal 1-2 jam selepas berbuka puasa)-
 
 3 tablet PHYTO NATAL diamal dengan AKAR HERBANIKA
 
Hari 4-6:-
 
Setiap Waktu Pagi (Jika puasa-amal waktu Sahur) -
1 sudu teh penuh MADU NONA HARMONIS  (secara perubatan, gaul sebesar ibujari anda)
1 - 2 sudu teh Madu Lebah Asli
Gaul bahan berbentuk makjun ini dengan madu lebah atau bulatkan seperti bebola. Ambil dengan 1 gelas/mug AKAR HERBANIKA.
 
Setiap Waktu Tengahari & Malam (Jika puasa-amal waktu berbuka, malam & sebelum tidur) -
 
Minum 1 gelas/mug AKAR HERBANIKA
 
Setiap Waktu Petang (jika puasa-amal 1-2 jam selepas berbuka puasa)-
 
3 tablet PHYTONATAL  + 2 tablet PHYTOX diamal dengan AKAR HERBANIKA
 
Sekiranya setelah mengamalkan herba PhytoNatal  selama 3 hari pertama itu dengan dosej yang diberikan,  puan  merasakan terlalu lawas membuang air besar sehingga melebihi 7 x maka pada hari seterusnya bolehlah mengurangkan dosej PhytoNatal  kepada 2 tablet  bersama minuman Akar Herbanika. .Dosej  tablet Phytox
Dikekalkan melainkan  puan sedang menyusui bayi  secar esklusif dgn penyusuan badan  ,barulah amalanj tablet Phytox dikurangkan kepada 2 x seminggu sahaja. Andaikata  puan mengalami masalah sembelit yakni tidak dapat ketandas  sehingga berhari-hari:- maka disyorkan untukmenambahkan pengamalan Phytocleanse Plus  (1-3 tablet)  bersama tablet PhytoNatal  diatas. Mulakan PhytoCleanse Plus  dengan  dosej yang rendah terlebih dahulu .
 
Hari ke 7:-
 
Berehat 1 hari tanpa pengambilan herba tablet  diatas kecuali penerusan pengambilan Madu Tenaga segar  , Madu Nona Harmonis  1 x setiap hari  dan  minuman Akar Herbanika sebanyak 4 x sehari pada hari ini.(amal waktu berbuka, malam, sebelum tidur & sahur)
 
Ulangi cara  hari 1- hari 7  yang diberikan diatas berulangkali  sehingga cukup  3 -6 bulan  kecuali ketika kedatangan darah haid.
 
AMALAN HERBA SEMASA 5 HARI PERTAMA KEDATANGAN HAID
  • Setiap Waktu Pagi - 1 sudu besar paras MADU TENAGA SEGAR digaul dengan madu lebah asli & ambil dengan AKAR HERBANIKA untuk memperlancarkan keluaran darah haid, memberi tenaga & menguatkan darah.
  • AKAR HERBANIKA diamal terus 4 gelas/mug sehari dengan tambahan madu lebah asli.
  • Jika mengalami sebu berangin perut , terasa kurang lawas pembuangan air besar atau alami sembab angin/air - amalkan  terus PHYTO NATAL & PHYTOCLEANSE PLUS.
  • PHYTOX & MADU NONA HARMONIS TIDAK BOLEH DIAMAL SEMASA KEDATANGAN  HAID!
Nasihat *Seandainya pada bila -bila masa semasa kedatangan haid, pengeluaran darah anda didapati terlalu lebat atau berpanjangan, ataupun disertai dengan kesakitan, saya mengesyorkan agar puan dapat menambahkan  pengambilan 1 sudu besar herba Mawar Segar  iaitu pes herba perubatan rapi  sebanyak 6 -8 x sehari dan minuman Akar Herbanika  sebanyak 4 mug  sehari (setiap hari):-pagi sebelum sarapan,semasa sarapan ,jam 10  pagi , 12 tgh, 2 ptg ,4-6 petang, 8 malam, 10 malam atau sebelum tidur) sehinggalah darah haid tadi  berhenti atau berkurangan Mawar Segar ini tidak perlu diamalkan semasa mengalami masalah kedatangan haid  yang normal) . Pes Mawar Segar ini dapat membantu memberhenti dan meredakan masalah keluaran darah yang lebat,berpanjangan, dan juga menyembuhkan masalah berkaitan ketumbuhan.
 
Selepas Haid,yakni bermula hari ke 6 ,ulangi semula Amalan Intensif  Awalan diatas sehingga mencukupi 3 -6 bulan.
 
Semasa mengamalkan herba bermula  dari bulan 1 - bulan ke 3 sehinggalah bulan ke 6  ,sila rekodkan setiap hari dalam diari harian  anda  segala perubahan yang berlaku  pada :
  • Sistem pembuangan Harian  Air Besar .(kekerapannya dan hasilan tekstur najis anda )
  • Sistem Pembuangan Harian Air Kecil..(kekerapannya dan hasilan bau dan warna air kencing  )
  • Keluaran darah haid samada telah lancar atau tidak , bilangan hari kedatangannya,dan berapa pad yang dipakai dalam sehari
  • Warna keluaran darah  dan bau hasilan darah .
  • Adakah  puan mengalami senggugut,pening atau berat kepala semasa kedatangan haid setiap bulan .
Pengesyoran pengunaan BARRA GEL & MINYAK BERUBAT HERBA untuk menjaga kebersihan,kesihatan serta menyegarkan saluran sulit .
  • Tuangkan 3-5 titis BARRA GEL dan sapurata ke bahagian luaran & dalaman saluran sulit dan sekitar faraj. Lakukan cucian saluran faraj dengan menggunakan jari telunjuk anda. Cucilah secara perlahan-lahan dan berhati-hati sehingga terasa benar-benar bersih.
  • Cuci bilas bersih & Cebuk bahagian sulit dengan air. Kesat kering. Kemudian sapukan  MINYAK BERUBAT HERBA ke saluran faraj anda.
  • Anda juga disyorkan memakai pantyliner yang dibasahi dengan MINYAK BERUBAT HERBA  dan pakai selesa sepanjang hari  terutamanya semasa  5 hari kedatangan haid .Amalan pembersihan dan pemakaian pad /pantyliner berherba ini disyorkan untuk dilakukan 2-x setiap hari (semasa mengikuti amalan rawatan intensif awalan diatas)
  • Setiap malam sapukan juga  Minyak diatas sehingga meresapi liangan kulit tubuh dibahagian keseluruhan perut,ari-ari dan pinggang belakang.
NASIHAT: Baca Dengan Teliti!
  • Dalam perubatan untuk mengimbangi semula Hormon agar seimbang kedatangan haid , pastikan puan dapat kurangkan atau berpantang sedikit pengambilan Ayam & Daging. Jika mahu, boleh makan secara minima iaitu ayam tanpa kulit atau daging tanpa lemak (very lean meat).
  • Jangan minum minuman bergas dan  berais ketul.
  • Puan  perlu bersabar & kuatkan semangat dalam menjalani program ini kerana dalam jangkamasa 3 bulan yang beliau amalkan Herba-herba ini, ia berkemungkinan banyak menumpukan tugasan mengeluarkan najis-najis bercampur toksik, angin berlebihan, angin lendiran, membersihkan darah, memperbaiki keadaan dalaman sistem rahim , memperlancarkan keluaran darah haid semasa haid, memperbaiki sistem dalaman seperti keadaan hormonnya.
  • Dengan pengamalan herba NR, selain daripada dapat mengatur semula keseimbangan hormon ,memelihara dan membantu penurunan berat badan, ia juga menjaga dalaman puan agar seimbang, bersih, segar dan rapi kewanitaan ke arah Wanita yang SIHAT & SUBUR!!. Ia juga memelihara kemantapan kulit badan agar tidak lembik atau menggeleber. Insyallah.
Untuk makluman  :-  Madu Nona Harmonis teramat disyorkan sebagai amalan  untuk wanita yang berumur 30 tahun keatas bagi membantu mengimbangi kembali  hormon kewanitaan dan menjaga kesihatan organ kewanitaan.)